Sunday, October 29, 2017

RESEPI CHEESKUT MUDAH DAN CEPAT

Resepi yang liza share ni serius senang gila tau.Bila makan tuuu, pehhhh lemak berkrim lalu kat tekak ni.Hihi.Kalau tak percaya cubalah buat tau tau.


Ok, jom tengok bahan-bahannya dan cara-caranya ðŸ‘‡

Bahan - bahan :


 Milo 
 Nestum 
 Susu pekat
 Susu fresh
 Cream cheese tatura 250g
 Biskut Deluxe Crackers



Cara-Caranya :

1. Masukkan cream cheese,susu pekat dalam separuh tin dan susu fresh dalam 2 sudu.


2. Ambil sedikit susu fresh isi dalam mangkuk.
3. Celupkan biskut ke dalam susu fresh tadi sekejap sahaja tau dan susun rapat-rapat di dalam loyang.
4. Ratakan cream cheese yang telah di blender tadi, taburkan milo dan nestum.
5. Buat dan ulang step yang sama.Loyang yg liza guna ni dapat dalam 5 lapis biskut.
6. Akhir sekali, sejukkan 4-5 jam dan lepastu boleh lah di makan.
* Untuk milo atau nestum korang boleh pilih nak guna yang mana ataupun guna keduanya2
* Kalau tak suka manis, susu pekat boleh kurangkan





Senang sangat kan korang ? kalau nak tengok video cara buatnya boleh follow 

facebook - aliza azman
instagram personal - aliza zeke



Thursday, August 10, 2017

About Me


Assalamualaikum


Hai, nama saya aliza. Sebenarnya, dulu-dulu aliza pun salah seorang yang aktif berblog jugak. Disebabkan blog lama dah bersawang dan tak boleh nak login makanya aliza create yang baru untuk berkongsi kisah hidup, resepi, bisnes dan lain-lain dengan pembaca semua.


Now, aliza adalah seorang surirumah tangga sepenuh masa tetapi aliza ada buat bisnes online dari rumah. Ha, bisnes apa tuu? Tak lain tak bukan bisnes shaklee lah. hihi.Mungkin ada yang pernah dengar apa tuu SHAKLEE dan mungkin ada yang belum pernah dengar pun. Tapi takpe, nantikan lah entry-entry aliza berkenaan produk shaklee tuu yer :)



Dan sekarang aliza dah pun berusia 28 tahun.Macam tak percaya ajeee lagi 2 tahun dah nak masuk angka 3 series.hahaha.Aliza juga baru mempunyai seorang cahaya mata bernama Fateh Rizqin baby boy yang hensem digelar cemboi. 16hb ni genaplah usia 9 bulan my cemboi :)







Akhir kata, liza berharap apa yang liza kongsi didalam blog ini nanti akan bemanfaat untuk semua.Yang penting kita enjoyyyyy :)